Muzik video Dolla Make You Wanna

Muzik video rasmi untuk "Dolla Make You Wanna" dikeluarkan di saluran YouTube rasmi Universal Music Malaysia pada 19 Mac 2020 dan ia sempat dirakamkan sebelum Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan bagi membendung penularan pandemik COVID-19 di Malaysia.[7] Sejak pelancaran rasmi, muzik video ini telah meraih sebanyak 1 juta tontonan di YouTube.[8] Namun tidak lama selepas muzik video ini dikeluarkan, Dolla telah dikritik oleh warganet kerana penampilan seksi dan ghairah mereka. Namun, Dolla memilih tidak ambil pusing tentang kritikan warganet terhadap penampilan mereka dalam muzik video itu. Menurut mereka, ia bukan sengaja dicipta sejak bergelar artis rakaman, namun mengakui mereka memang dengan cara sedemikian.[9]

Di belakang tabir muzik video "Dolla Make You Wanna" dikeluarkan di saluran YouTube rasmi Universal Music Malaysia pada 10 April 2020.[10]

Rujukan

WikiPedia: Dolla Make You Wanna https://www.allmusic.com/album/dolla-make-you-wann... https://music.apple.com/us/album/dolla-make-you-wa... https://www.budiey.com/make-you-wanna-dolla/ https://gempak.com/artikel/33802/dolla-berbakat-pe... https://gempak.com/artikel/42265/memang-itu-kami-d... https://www.kopiplanet.com/dolla-tekad-takluk-indu... https://ohbulan.com/video-made-in-malaysia-mv-doll... https://open.spotify.com/album/0tA1K7h9IAmCX7SPSO5... https://www.youtube.com/watch?v=2IKdiVChHwY https://www.youtube.com/watch?v=OvTqxSuN9go